Kini,saya sesat entah di mana-dihutan tebal,berserah samada untuk keluar hidup2,atau duduk menanti maut tiba.Saya boleh pilih untuk duduk menangis sendiri, menunggu konon ada pasukan penyelamat datang-padahal-orang tak tahu saya sesat,, tapi saya tak nak begitu.saya pilih untuk berjalan sambil memujuk hati kecil berikan saya ilham dari Penguasa Semesta, mana sebenarnya arah keluar yang benar.Tuhan, tika ini, dan sejak dulu lagi, hati ini tetap yakin tiap2 hal yang menimpa ada hikmahnya.-Kaki ini tetap melangkah mencari arah keluar,hati penuh harap, dan minda cuma mahu ingat2 nikmat2 manis yg pernah Dia beri selama ini,,dan juga disaat saya tersesat kini.

