rasa itu ini #1

dan rasa itu ini mula menggigit sumsum si homosapien yang mula mereput ini..

di tebing laut..
ingin saja aku laungkan kata
"glory!!" sampai ia bergema ke serata alam
memecah hening damai bumi

glory!
bukan dasar-nya tentang
materialis,duniawi, nafsu dan nafsi
yang aku idam-kan jadi mahkota hidup

tapi tentang ingin aku
pada satu kepuasan hidup yang aku genggam
aku berdiri kini bukan
dipengaruhi lagi manusia
kiri kanan aku

tapi hanya
aku menjadi aku.
pengaruhi setiap janaan sel dan soul aku;semata

dan ..~sigh
bila diputar balik cakera padat hidup aku;
it's damn stupid things
i do..be others

tapi hidup mana indah
kalau kau tak pernah hidup
dalam cacat cela..

lolipop


0303
I..W.B

hOpe to be A goOd gIrl for AbaH & mA,at least
even if I am not thoroughly sOleHah,at least
i tRied and still tryiNg just for a

HOPE

--to be in HIS love till i be a corpse--

cause of tiredness been an undead corpse

 so cute..am i?^-^

 mungkin-saja aku sematkan ini impi dalam tumbesaran sudah cecah ke 2 dekad 3 tahun  

"Letakkan dunia di telapak kakiku,biar kupijak.Simpankan akhirat dalam jiwaku biar ku-rindu.Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku.Langit tunggu ku-tawan, bumi tunggu-ku laku-kan perubahan" H.Asyraf





piccas via:beautyineverything

catan hati

aku sedang dan masih menari-kan berus bersalut pigmen warna rasa
calit warna rasa atas lembaran kanvas hati aku sebagai karya bencinta buat kau

lalu aku larutkan warna berus ke lautan pasifik dengan harapan
warna rindu cecah ke kaki kau sedang santai di tepian pantai Alexandria

kerana

 


unconsciously warna warni hidup aku tiada soul tanpa rindu ke kau menggigit sumsum ini

Lakaran semalam 1.0

::Monolog figura::


Aku duduk ditangga batu itu
Aku pandang kau_kau dan kau
Muka kelat.Tegang dijiwaku_naik ke muka.


*Monolog aku.

Hey batu,kenapa kau kaku
Hey tiang,kenapa kau tercengang disitu
Hey rumput,kau tak pernah beralih tempat


Weih batu,jom kita tukar.
Aku mau rasa kaku_tak perlu fikir
dunia_yg makin menggila ini.
Dunia ini beku


Tiada rentetan cinta kasih lagi
Semua dendam kesumat
Semua benci membenci
Semua haram kira halal
Semua halal kata haram


Ada suara membalas.

Hoi figura hidup
Kenapalah kau otak_beku
Kalau aku_aku tak mahu
Kaku beku_begini.
Disini_disini dan disini saja tempatku.


Hermm,kau tak tahu batu.
Alam nie_ada makhluk yang ada akal
Tapi bagai tiada_akal
Dari masalah kecelaruan seksual
hingga masalah perang_dunia.
Aku malu jadi figura_hidup begini.

Tapi..



Pap!!

Satu tepukan di belakang aku.

"Aduhh!.Apsal pukul aku."muka ketat

"Weih.Kau ni mimpi atas tangga.Bangunlah wei.Jom makan.Janji mahu date dengan aku.Asyik tenung aku dari tadi."dia kenyit mata_tersengih.

"Oit.tadi aku cakap ngan batu laa".Darah naik ke muka.Panas aku rasa.

Dia geleng."Apa nak jadi dengan kau ni.Angau eh".
Hujung skrap bergulung di tangannya dicuit ke hidungku.

'Tapi.Tapi.Aku nampak batu tu bercakap...' bisik hatiku.Aku henti langkah.

"Adoi.Tuan puteri Cik Siti Wan Kembang.Nak cakap dengan batu lagi ke.Esok-esok sambung monolog kau tu yer sayang."

"Jom...!!"

.Dia tarik beg aku.Ikut langkah_tak lepas ku pandang batu putih tugu sejarah itu_hingga luput dari pandangan.

sitenggek di tembok bencinta


sedang aku enak santai sedut udara nyaman;hayun-hayun kaki ikut rentak musikal di atas tembok antara lembah cinta dan padang kesepian sambil menyanyi lagu indie dan rohani;menulis segala bagai puisi hodoh,menganalisa gelagat insani di kiri kanan tembok
*sigh~

ada sahaja gangguan

dari orang di lembah cinta berbaris nama dihulur ke aku;cerita figura itu ini,potret itu ini di sua ke aku kiri kanan tanya mahu atau tidak sedangkan tuan empunya belum tentu maunya atau tak;
lalu sebagai menghormati cuba cuba aku menurut.

tapi akhirnya 
aku tetap mahu di atas tembok itu 
sambil sedut neslo-ais kaw
diiring nyanyian unggas dan kicau burung
bumi

"cukuplah sekali cuma"

aku tak mahu cinta lagi.biar aku damai di atas tembok ini kerana aku tak mahu cinta di atur ber itu ini,
tak mahu kaku plastik,tak mahu;juga tak mahu sakit sepi jika hati di lukai dan melukai
*lalu aku berdiri tegak di tembok
"yaa..abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dengar ini aku mahu lantun-kan rasa hati"

"biar-kan saja aku jadi si tenggek atas tembok ini sendiri"
 "sampai bila?"sinis orang di tepi tembok

*senyum

"sampai sang arjuna sendiri datang panjat ke sini"


...dan akustik-kan bait-bait puisi bencinta buat aku larut bersama musikal alam

                                            






photos via :(beautyineverything)

lelaki 2.0

lelaki,
sila tampar diri kau dan buka minda

dawn

"Experience is what you get when you didn't get what you wanted"
                                                                                  -Randy Pausch-




 filosof yang aku cuba rodokkan dan tampal-tampal ke hati yang berkawah luka 
kononnya mungkin mampu buat aku dilihat gagah perkasa.

pengalaman juga membuat kau lebih inginkan apa kau perlu dari apa kau mahu


ya.aku insan tamak;aku mahu dan aku perlu




::panjatkegalaksi::

getir

rasanya kalau di timbang segalanya keladak di hati pada neraca
jarum-nya pasti menceracak naik

ujian graduasi.ujian hidup.ujian survival.ujian hati.

segala bagai bercampur aduk.dan aku harus kunyah kunyah telan segalanya walau
berpasir batu,walau pahit hempedu

payah.


::panjatkegalaksi::

lelaki 1.0

                           " kau buat aku bahagia tapi

  kau juga buat aku ngeri pada kau-
semua."


                           - julai.2009-


::panjatkegalaksi::

genius atau bengap?

bila kau memahami suatu kata hingga tahap overboard sedangkan
realiti tidak begitu;apakah kau kata itu Genius?

bila kau mentafsir suatu frasa dan tafsiran kau berkadar songsang dengan
tafsiran ramai;apakah itu tanda kau bengap?

dan bila orang berkata-kata lalu kau menterjemahkannya sehingga maksudnya jauh ke
bucu galaksi;adakah kau bengap atau genius?

bengap terjadi mungkin kalau kau terlebih genius.bengap-kan?

dan aku bengap dan SLOW


::panjatkegalaksi:: aku mahu gigit gigit otak aku kerana ke-bengapan aku menterjemah kata-kata orang..yahooo!!aku bengap.(~sigh),,,menyusahkan aku la kau ni (jari tenyeh ke muka terpantul di cermin..)

sentap



bangun pagi kelas munakahat perpustakaan
(heh,aku pelajar berwawasan.kononnya)

balik villa
girang hati menjelajah dunia dengan abang mat
(nama manja lappy aku doe~)

tapi bertahan sesepuluh minit cuma
bila semua organ aku tersentap
terjumpa benda lama tapi aku manusia bawah tanah ni baru jumpa

oh!aku sentap.bingung.kaku.kedu

doktor..saya ni DISLEKSIA.apakah???

bila aku tengok senarai ciri-ciri Disleksia tu aku rasa macam sial je
2,3 tu memang ayat baik punya nak tenyeh muka aku.

*nangis


p/s:ada sape sape nak tepuk2 belakang saya dan redakan sentap saya?oh!


bai.




::panjatkegalaksi::
*sambung gelak bila baca artikel si pembawa mayat.
 ko memang giler best la bro.kan best ko jadi bapak sedara aku.:p






epilepsi jiwa 1.0

kerana skeptisisme kau pada sesuatu yang baik,indah,damai itu bakal buat kau jadi sampah bila kau
rebah ke bumi,lalu kau katakan aku dan mereka mereka seperti pemimpi najis?

mutual skeptisisme antara puak kau dan aku-tak sudah;kau mencaci puak aku yang ibarat peludah sejati
segala optimis bila kata semangat di hulur ke kau.


kawan,
sejarah kau sejarah kau
sejarah aku sejarah aku

jangan kerana kau veteran di tenyeh dengan najis atau lebih baik sikit;tahi ayam-bunga oleh jantina-jantina  yang bangang,bodoh,tolol soal hati dan perasaan,lalu kau mahu menghukum segala bagai pelangi yang mahu  muncul di sebalik awan hitam pekat dan matahari baru mahu mengintai?

kau katakan semua orang setan bertopeng;
lalu kau mahu angkat kau malaikat?*sinis

jangan kau ingat cuma kau pernah tersungkur,
di sondol babi sampai mengucup tanah bernajis
percayalah-ada lagi yang lebih teruk;
tapi mereka tetap hidup atas normaliti,
dan jiwa mereka tak dipasung dalam gebuk sepi memisahkan
alam realiti dan jiwa sakit

kawan,


aku cuma boleh bilang;
bila mana kau rasa semua neraka,
lalu angkat Tuhan Yang Esa lebih dari segalanya di HATI kau


sebab aku kau banyak lupa pada DIA,
kerana itu kita menggila dan mungkin
kerana itu kita di uji deritakecewa bertimpa..

roh kita sakit kerana kita jauh dariNya.







                .......optimis;satu dari ubatnya kawan.

dadah segala dadah



dadah yang membunuh realiti
membawa kau ke dimensi illusi
ke horizon infiniti hujung
buat kau terpaku membingung


dadah suci untuk batangbatang tubuh dan jiwa tahu tujuannya;maknanya;soulnya
dadah yang harganya tuntut kau mengorbankan individualistik.chauvinistik.egoistik;
selama hidup kau dewasa bersama,tumbuh dan berakar tunjang tapi aneh boleh longgar tanah rencong
tercabut akar-nya dan buat kau rasa kau-lah paling bebas menari-nari sedut udara monoksida
kau rasa sudah di osmosis jadi oksigen tulen.


dan konsikuensi bagai tsunami bakal membinasa kau tanpa amaran;kalau kau agongkan dadah itu
bukan pemiliknya;Rabbul Izzati


it is pure love



::panjatkegalaksi::err.me-matsalehkan kata akhir itu mengurangkan rasa segan.bahasa bonda kita terlalu cantek indahasyik.:)



si beg-pikul keliling dunia

hari ni.sakan.

dari Miami beach hingga centre of US.

hati senang.

biar tak sempat berenang itik sepuasnya di kali air itu.
namun hati saya tersenyum puas punya masa dengan diadia.
ada ruang untuk saya kosongkan minda pada si dia.

kebosanan mencetuskan kegilaan.setuju?
tapi kegilaan hari ni rasanya belum cukup rempah yang menyengat

kini serasa mahu mencetuskan lagi kegilaan.

jadi solo dan belum berpunya sangat berbaloi-baloi-kan?

teman.nanti kita sudah jadi isteri tentu sifar masa untuk kita menggila lagi kan.

jadi.gunakan masa yang masih ada.ya.:)


p/s:sudah berangan water -rafting di Sir Deem :P


p/s:err.mungkin seronok kalau jodoh kita nanti juga sama satu kepala.boleh follow-up
kegilaan itu.backpackers families.hehe



::panjatkegalaksi::

eskapisme sebuah eskapisme

hakikatnya sekarang

susah kan nak lari dari sebuah kenyataan
realiti yang saya cuba palsukan
dengan teori teori palsu saya ciptakan
yang saya sangkakan
sebuah eskapisme dapat menyelamatkan saya
dari terus sakit-sendiri.
dari terus bermimpi suatu impossibility

sampai bila saya mahu
terus terperuk dalam eskapisme ini

jawapan:aku tak tahu

sebab saya sendiri terlalu penat
untuk lari lagi.pergi jauh dari realiti itu

tapi kalau saya berhenti dan pulang pada normaliti
saya menipu diri seolah tiada apa
berkumur dalam sangkar rasa ini
konklusi tetap sama

berpura segala yang jadi
seperti tiada kudis melekat
itu satu sakit yang menyakitkan
saya makhluk tak pandai berpura

tanyalah pada teman sampai mati saya
walau serahsia mana rahsia saya
mereka tetap tahu apa yang terlukis
pada wajah saya tanpa perlu
tahu genre ceritanya

sebesar mana ketawa saya
sebecoknya saya berkata
kalau lukisannya muka saya
tak sama dengan apa yang ditunjuk
mereka tahu

and that is my weakness

biarlah.saya sudah cuba segalanya.
supaya saya tak lemas dalam air lagi
supaya orangorang itu tak lihat saya lemah
supaya roh saya tahu.saya tahan duga
walau hakikatnya saya mahu surrender

sehingga tanpa saya sedari hidup dalam eskapisme sebuah eskapisme



::panjatkegalaksi::

si politikus.sekularis.liberalis

*bila gereja di bakar

Kita akan bertindak! tiada kompromi! ini akan memusnahkan perpaduan!

heh.mungkin terkehel lidah dia menggila
untuk tunjukkan pada seantero dunia dia akan menyelamatkan keadaan.

*bila nama Allah dibiar begitu dijaja misionary kristian.hairan bin ajaib ia menang dan siap mengadap mahkamah?walhal kes ini sudah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

apa lagi nak dikata.bila sekularis.liberalis.politikus yang jahil atau sifar peduli hal ketauhidan lihatlah la nanti konsekuensi tindakan hari ini untuk generasi masa depan.