sitenggek di tembok bencinta


sedang aku enak santai sedut udara nyaman;hayun-hayun kaki ikut rentak musikal di atas tembok antara lembah cinta dan padang kesepian sambil menyanyi lagu indie dan rohani;menulis segala bagai puisi hodoh,menganalisa gelagat insani di kiri kanan tembok
*sigh~

ada sahaja gangguan

dari orang di lembah cinta berbaris nama dihulur ke aku;cerita figura itu ini,potret itu ini di sua ke aku kiri kanan tanya mahu atau tidak sedangkan tuan empunya belum tentu maunya atau tak;
lalu sebagai menghormati cuba cuba aku menurut.

tapi akhirnya 
aku tetap mahu di atas tembok itu 
sambil sedut neslo-ais kaw
diiring nyanyian unggas dan kicau burung
bumi

"cukuplah sekali cuma"

aku tak mahu cinta lagi.biar aku damai di atas tembok ini kerana aku tak mahu cinta di atur ber itu ini,
tak mahu kaku plastik,tak mahu;juga tak mahu sakit sepi jika hati di lukai dan melukai
*lalu aku berdiri tegak di tembok
"yaa..abang-abang,kakak-kakak,adik-adik dengar ini aku mahu lantun-kan rasa hati"

"biar-kan saja aku jadi si tenggek atas tembok ini sendiri"
 "sampai bila?"sinis orang di tepi tembok

*senyum

"sampai sang arjuna sendiri datang panjat ke sini"


...dan akustik-kan bait-bait puisi bencinta buat aku larut bersama musikal alam

                                            






photos via :(beautyineverything)

0 kata:

Post a Comment