::Monolog figura::
Aku duduk ditangga batu itu
Aku pandang kau_kau dan kau
Muka kelat.Tegang dijiwaku_naik ke muka.
*Monolog aku.
Hey batu,kenapa kau kaku
Hey tiang,kenapa kau tercengang disitu
Hey rumput,kau tak pernah beralih tempat
Weih batu,jom kita tukar.
Aku mau rasa kaku_tak perlu fikir
dunia_yg makin menggila ini.
Dunia ini beku
Tiada rentetan cinta kasih lagi
Semua dendam kesumat
Semua benci membenci
Semua haram kira halal
Semua halal kata haram
Ada suara membalas.
Hoi figura hidup
Kenapalah kau otak_beku
Kalau aku_aku tak mahu
Kaku beku_begini.
Disini_disini dan disini saja tempatku.
Hermm,kau tak tahu batu.
Alam nie_ada makhluk yang ada akal
Tapi bagai tiada_akal
Dari masalah kecelaruan seksual
hingga masalah perang_dunia.
Aku malu jadi figura_hidup begini.
Tapi..
Pap!!
Satu tepukan di belakang aku.
"Aduhh!.Apsal pukul aku."muka ketat
"Weih.Kau ni mimpi atas tangga.Bangunlah wei.Jom makan.Janji mahu date dengan aku.Asyik tenung aku dari tadi."dia kenyit mata_tersengih.
"Oit.tadi aku cakap ngan batu laa".Darah naik ke muka.Panas aku rasa.
Dia geleng."Apa nak jadi dengan kau ni.Angau eh".
Hujung skrap bergulung di tangannya dicuit ke hidungku.
'Tapi.Tapi.Aku nampak batu tu bercakap...' bisik hatiku.Aku henti langkah.
"Adoi.Tuan puteri Cik Siti Wan Kembang.Nak cakap dengan batu lagi ke.Esok-esok sambung monolog kau tu yer sayang."
"Jom...!!"
.Dia tarik beg aku.Ikut langkah_tak lepas ku pandang batu putih tugu sejarah itu_hingga luput dari pandangan.



0 kata:
Post a Comment