aku ternak

kau sebenarnya tak faham apa kau kata



biasa- orang kata

teman kala suka berlambak
teman kala duka tak nampak

heh.itu juga kau kata

terasa aku mahu guna machine-gun
untuk menebak kau balik

kenapa

bila kau duka semata baru diri aku ini
kau cari

bila kau suka,punya teman berduyun temani kau
aku ini,ibarat terkondensasi dalam wasap bahagia kau

kau lupakan aku
kau tinggalkan aku
kau abaikan aku

dan walau aku menebal muka bertanya tentang kau
tapi nyata-nya aku cuma atom antara molekul bahagia kau

terima kasih atas ke-tidak fahaman kau tentang erti sahabat

walau lebih sedekad aku setia

kau masih tak faham-kan,bangang.

hujan

hari ni-bumi aku namakan kota puaka ni, dibasahi air dari langit

kata orang;rahmat

dan,hari ni dia telah tekadkan niat untuk benar-benar jauh dari aku.

apa yang boleh aku kata.

terima kasih sayang.untuk rasa-rasa pernah kau tambatkan dalam balang hati ini.

dan aku sedar.apa yang dilakukan adalah halal atas nama kasih sayang dia pada aku.untuk aku.

luah aku pada dia-kenapa bertemu kalau nanti untuk berpisah(?)

mungkin.

kerana itu.dia benar-benar luput tanpa pesan buat aku.mungkin dalam hati lelaki-nya mahu aku benar lupakan dia.

mata kau tak hujan.

cuma.

hati aku banjir dengan kenangan lalu.


sepi yang terisi.

semenjak aku berhijrah ke kota puaka ni,aliran transit jadi sahabat setia tiap saat diperlukan.
berdiri-berhimpit-berlari-bersandar menjadi rutin yang tak perlu aku nak merengek-mengeluh untuk setiap yang aku lalui. 

senyum. not bad.aku suka.i k h l a s.

kerana.untuk setiap minit selingan masa sebelum tiba ke destinasi,aku gunakannya untuk melayan perasaan.berfikir hal dunia yang tak sudah.dan yang pasti tingkap-lantai-pintu koc jadi kanvas untuk melukis-mencongak segala yang aku fikir untuk masa depan yang kabur fatamorgana.heh.tipikal.sama-la dengan kau-kan? :)

tapi,cuma satu buat aku resah menyampah bila diri di buai bosan menanti tiba ke destinasi, tiba-tiba
ada rasa datang merasuk ke relung hati.rasa yang buat sesak nafas, bacaan b.p tak tentu dan buat aku tak keruan walau luarannya aku cuba berlagak tenang.

bagai hantu datang merasuk.

bezanya.

Ia buat sepi aku terisi.dengan resah tak tentu bersama memori silam ku tinggal di garisan lalu.





aku menulis bukan sempena hari bapa



sebab setiap hari aku tetap ber-bapa


abah,kalau dulu waktu aku menginjak jadi gadis remaja yang memberontak,yang sesat identiti, yang tak kenal siapa diri,yang ingin mahu cuba songsangkan arus diri mahu jadi jantan, hipokrit aku kata-kan..aku tak benci dia masa tu.

hela nafas dosa lalu

bodohnya aku ini.berlagak mahu jadi perempuan kasar,tapi aku benci lelaki waktu itu.satu hal yang pasti, penyumbang besar pada proses tumbesaran dan kecelaruan emosi serta hormon aku waktu itu,adalah-setiap hari aku disuapkan dengan berita haruan makan anak,cucu dihamba-seks-kan datuk,abang haram-jadahkan adik sendiri.Segala bagai kekejian makhluk-ciptaan-Tuhan-terindah itu dirodok masuk ke minda aku,dan tiba-tiba tanpa aku sedar barah manphobia secara halus merosakkan sistem kematangan aku,lalu aku membesar dengan pelbagai kerenah bodoh yang aku pasti akibatnya hari ini,sistem tubuh badan abah-mama terinfeksi dengan penyakit darah tinggi.

sedangkan-waktu sebelum otak aku masih suci dengan jiwa kanak-kanak,aku adalah anak paling manja dengan dia.dan aku yang paling dimanjakan.Tapi, all-of-sudden bila tahun berganti,dan otak aku makin ligat berfikir tentang apa-kenapa-mengapa-begitu-begini tentang dunia,aku berubah 360 darjah.Aku jauhkan diri dari dia,aku benci pakai baju kurung,aku benci lelaki,dan aku akan buat apa sahaja supaya tiada lelaki memandang aku.heh.terasa celaka waktu tu.aku jadi perengus,kaki gaduh dengan budak lelaki di sekolah,kaki buli adik lelaki aku,kaki carut,kaki maki,semua orang berdarah daging dengan aku dapat hadiah maki aku.

tapi,,entah.mungkin DIA sayang aku,dan aku di-hadiahkan abah yang kali ganda perengus dari aku,dan rengusan-nya tanda dia sayang benih-benih amanah yang dia perolehi bersama wanita yang dia cinta, jadi-nya aku tak sempat membesar dengan lebih keji,lebih hitam.Walau jiwa memberontak,aku tetap akur-garang dia buat aku menikus untuk melampaui batas.

Senyum.

Hari ni,bila sudah menginjak umur dewasa,aku tak puas kesal dengan apa yang jadi.Tapi,hey.jangan salah-kan aku apa yang pernah terjadi.Media yang rosak-kan aku,dan pelaku-pelaku seks keji yang buat nama lelaki sejati di-keji di-maki manusia kiri kanan.Adalah lebih baik punya seorang lelaki yang garang tapi sayang-kan keluarganya,daripada lelaki layu yang tak peduli tentang anak-bini.

Aku cuma harap,suatu hari,aku mampu kata-kan jujur luhur dari hati dan aku mampu keluarkan butir-butir kata dari bibir aku ini,aku benar-benar sayang lelaki itu.terlalu.terlalu..terlalu.sampai mati.sebelum telinga-nya tak mampu mendengar,sebelum jalan-nya tak daya,dan sebelum mata-nya terpejam.

ampun-kan anak nakal ini.abah.

dan saya mahu punya lelaki hati indah begitu ada dalam hidup saya.




Entri ini tanpa nama

kerana ia datang dari hati aku yang sedang berperang bersama rasa-rasa terpendam terperuk 
dalam dada sekian lama

kalau lah aku ini sang arjuna,mahu saja aku terus melamarnya menjadi milik aku agar aku tak kehilangannya lagi kali kedua

resah gelisah datangkan mimpi buruk ke aku lagi,seperti sebelumnya,sebelum dia pernah dimiliki perempuan itu,dan sang perempuan cantik pujaannya berlalu pergi untuk sang jejaka yang jauh lebih hebat darinya.

dan aku,masih tetap disisinya dengan tawa,jenaka,gurauan yang aku kira menutup tebalnya rasa ini padanya,kerana aku sedar,aku tak punya apa untuk ditawarkan mengatasi hebatnya si cantik itu, aku cuma ada..setia dan perasaan ini masih kemas tersimpan.

kalaulah aku ini lelaki..

adik-adik

buat adik-adik mahu angkat kaki
berjalan-jalan musafir di alam ini
kakak mahu katakan

hidup ni banyak songeh
jalan berliku
jalan berbatu
jalan berduri
setan manusia kiri kanan
akar pokok menceracak
buat kamu calar sini sana

adik-adik
kakak tak mahu membebel
cuma adik-adik pandanglah
dunia luar dengan perspektif yang luas

baca,baca,baca
hayati fahami dalami
setiap huruf itu janjinya tujuh puluh
kalam Allah itu mukjizat agong

baca,faham,reti bahasa
segala pengalaman musafir-musafir
yang terkandas di tengah jalan
lalu tersadung ke lembah gersang gelap dan sepi

soal mereka. kenapa.bagaimana
jawapan-nya nanti kamu guna
buat bekal sepanjang jalan
lalu kalau kamu tersadung cium bumi
kamu tak-kan tuding-tuding jari
"aku tak tahu sebab kau tak bilang ke aku"

adik-adik sayang
belajar.minat.faham-lah tentang sejarah
kami kami ini jadi manusia dayus
dayus pada agama.bangsa
kerana kami dulu menyampah dengan sejarah

lalu.kami sendiri cipta sejarah
bahlul kami kamu jangan turut
intelek kami kamu kutip lalu
manuskrip-kan dan guna untuk diri kamu dan anak-anak

adik-adik
yang tayang paha,pangkal dada seks bebas
kau mungkin meludah mengejek memaki
pesan-pesan aku ni

tapi aku sampaikan ini
kerana mati aku nanti
aku tak mahu menjawab
berjeda-jeda soalan dari atas sana

adakah aku sampaikan apa yg aku tahu
dan kebaikan perlu aku sebar,
kerana dosa aku sebesar gunung pun
sudah parah aku terpaksa usung ke dunia sana

kerana sekurang-kurangnya
aku sampaikan ini
mampu selamatkan diri aku sndiri di sana nanti

sebab aku pentingkan diri sendiri..

you may see me important to you when

there's nobody cares you when you are nothing..


hey hitam manis,kau tak pernah mahu nampak aku kan yg benarbenar wujud disisi kau selama ini

terhukum tanpa di-adili

aku ini perempuan
yang terhukum untuk 
duduk bersanding di kamar hati seorang lelaki
tanpa di-adili


yang terhukum aku
terus tertunggu menanti


hakikatnya aku diperangkap
dalam retorik dan idealisme
manusia yg patah hati,
menjadi jasad yg dihukum sama dalam
nightmare yang meruntuhkan
hati-hati ego sang lelaki


mungkin,paranoid
dimungkiri janji untuk setia bersemadi
di dalam hatinya


kerana lelaki aku faham jiwa kau
tak mampu hidup tanpa harum dakapan wanita
yang kau cinta


dan kerana itu
aku ini perlahan-lahan kau tolak,
dihukum sama dek kisah silam


walau kau tak mampu
menafikan lagi..
perlahan-lahan bayangan aku
sudah mulai melekat dakap
dalam relung hati kau yang sepi







rasa itu ini #1

dan rasa itu ini mula menggigit sumsum si homosapien yang mula mereput ini..

di tebing laut..
ingin saja aku laungkan kata
"glory!!" sampai ia bergema ke serata alam
memecah hening damai bumi

glory!
bukan dasar-nya tentang
materialis,duniawi, nafsu dan nafsi
yang aku idam-kan jadi mahkota hidup

tapi tentang ingin aku
pada satu kepuasan hidup yang aku genggam
aku berdiri kini bukan
dipengaruhi lagi manusia
kiri kanan aku

tapi hanya
aku menjadi aku.
pengaruhi setiap janaan sel dan soul aku;semata

dan ..~sigh
bila diputar balik cakera padat hidup aku;
it's damn stupid things
i do..be others

tapi hidup mana indah
kalau kau tak pernah hidup
dalam cacat cela..

lolipop


0303
I..W.B

hOpe to be A goOd gIrl for AbaH & mA,at least
even if I am not thoroughly sOleHah,at least
i tRied and still tryiNg just for a

HOPE

--to be in HIS love till i be a corpse--

cause of tiredness been an undead corpse

 so cute..am i?^-^

 mungkin-saja aku sematkan ini impi dalam tumbesaran sudah cecah ke 2 dekad 3 tahun  

"Letakkan dunia di telapak kakiku,biar kupijak.Simpankan akhirat dalam jiwaku biar ku-rindu.Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku.Langit tunggu ku-tawan, bumi tunggu-ku laku-kan perubahan" H.Asyraf





piccas via:beautyineverything