Roda I
entah apa aku perlu lakukan
sejarah lama datang bergolek depan aku
entah atas asbab hukum alam apa
buat dia datang kembali
setelah puas aku lari ke hujung dunia
dan akhirnya aku penat berlari
ia datang mengucup lembut hati aku
dengan klimaks cerita yang sama
dan aku sudah boleh agak
apa akhir cerita ini
aku penat, aku penat dan aku penat!
ikut hati dan jiwa
aku nak raung pada sejarah itu
kenapa kau celaka datang balik?
aku mahu tenang
tinggalkan aku
jangan pernah kejar aku
kalau kau tak pernah tunjuk
jujur pada aku
aku perempuan tak berharta
dan kalau aku berharta sekalipun
jangan kau mimpi dapat tawan aku
hati aku bukan emas boleh kau gadai
hati aku hati puaka
kalau kau usik dengan tipu daya
sampai mati kau akan dihantui dengan rasa bersalah
kenapa aku?kenapa aku kau pilih untuk
isi cerita kau?
hati aku bukan pada kau lagi..
walau sekejap ada rasa terdalam mencium erat
hati aku..
tapi maaf kerana dusta kau pada
aku,jangan mimpi aku akan terima kau balik
kali ni, untuk kali ke-2 ini
aku akan ikut kau dalam permainan ini
dan aku akan gandakannya
mengikut rentak kau
dan sampai masa aku akan
lihat kau sendiri tersungkur ke bumi
kerana onar kau sendiri
jangan mimpi aku suka kau lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 kata:
Post a Comment