sebab setiap hari aku tetap ber-bapa
abah,kalau dulu waktu aku menginjak jadi gadis remaja yang memberontak,yang sesat identiti, yang tak kenal siapa diri,yang ingin mahu cuba songsangkan arus diri mahu jadi jantan, hipokrit aku kata-kan..aku tak benci dia masa tu.
hela nafas dosa lalu
bodohnya aku ini.berlagak mahu jadi perempuan kasar,tapi aku benci lelaki waktu itu.satu hal yang pasti, penyumbang besar pada proses tumbesaran dan kecelaruan emosi serta hormon aku waktu itu,adalah-setiap hari aku disuapkan dengan berita haruan makan anak,cucu dihamba-seks-kan datuk,abang haram-jadahkan adik sendiri.Segala bagai kekejian makhluk-ciptaan-Tuhan-terindah itu dirodok masuk ke minda aku,dan tiba-tiba tanpa aku sedar barah manphobia secara halus merosakkan sistem kematangan aku,lalu aku membesar dengan pelbagai kerenah bodoh yang aku pasti akibatnya hari ini,sistem tubuh badan abah-mama terinfeksi dengan penyakit darah tinggi.
sedangkan-waktu sebelum otak aku masih suci dengan jiwa kanak-kanak,aku adalah anak paling manja dengan dia.dan aku yang paling dimanjakan.Tapi, all-of-sudden bila tahun berganti,dan otak aku makin ligat berfikir tentang apa-kenapa-mengapa-begitu-begini tentang dunia,aku berubah 360 darjah.Aku jauhkan diri dari dia,aku benci pakai baju kurung,aku benci lelaki,dan aku akan buat apa sahaja supaya tiada lelaki memandang aku.heh.terasa celaka waktu tu.aku jadi perengus,kaki gaduh dengan budak lelaki di sekolah,kaki buli adik lelaki aku,kaki carut,kaki maki,semua orang berdarah daging dengan aku dapat hadiah maki aku.
tapi,,entah.mungkin DIA sayang aku,dan aku di-hadiahkan abah yang kali ganda perengus dari aku,dan rengusan-nya tanda dia sayang benih-benih amanah yang dia perolehi bersama wanita yang dia cinta, jadi-nya aku tak sempat membesar dengan lebih keji,lebih hitam.Walau jiwa memberontak,aku tetap akur-garang dia buat aku menikus untuk melampaui batas.
Senyum.
Hari ni,bila sudah menginjak umur dewasa,aku tak puas kesal dengan apa yang jadi.Tapi,hey.jangan salah-kan aku apa yang pernah terjadi.Media yang rosak-kan aku,dan pelaku-pelaku seks keji yang buat nama lelaki sejati di-keji di-maki manusia kiri kanan.Adalah lebih baik punya seorang lelaki yang garang tapi sayang-kan keluarganya,daripada lelaki layu yang tak peduli tentang anak-bini.
Aku cuma harap,suatu hari,aku mampu kata-kan jujur luhur dari hati dan aku mampu keluarkan butir-butir kata dari bibir aku ini,aku benar-benar sayang lelaki itu.terlalu.terlalu..terlalu.sampai mati.sebelum telinga-nya tak mampu mendengar,sebelum jalan-nya tak daya,dan sebelum mata-nya terpejam.
ampun-kan anak nakal ini.abah.
dan saya mahu punya lelaki hati indah begitu ada dalam hidup saya.


0 kata:
Post a Comment