adik-adik

buat adik-adik mahu angkat kaki
berjalan-jalan musafir di alam ini
kakak mahu katakan

hidup ni banyak songeh
jalan berliku
jalan berbatu
jalan berduri
setan manusia kiri kanan
akar pokok menceracak
buat kamu calar sini sana

adik-adik
kakak tak mahu membebel
cuma adik-adik pandanglah
dunia luar dengan perspektif yang luas

baca,baca,baca
hayati fahami dalami
setiap huruf itu janjinya tujuh puluh
kalam Allah itu mukjizat agong

baca,faham,reti bahasa
segala pengalaman musafir-musafir
yang terkandas di tengah jalan
lalu tersadung ke lembah gersang gelap dan sepi

soal mereka. kenapa.bagaimana
jawapan-nya nanti kamu guna
buat bekal sepanjang jalan
lalu kalau kamu tersadung cium bumi
kamu tak-kan tuding-tuding jari
"aku tak tahu sebab kau tak bilang ke aku"

adik-adik sayang
belajar.minat.faham-lah tentang sejarah
kami kami ini jadi manusia dayus
dayus pada agama.bangsa
kerana kami dulu menyampah dengan sejarah

lalu.kami sendiri cipta sejarah
bahlul kami kamu jangan turut
intelek kami kamu kutip lalu
manuskrip-kan dan guna untuk diri kamu dan anak-anak

adik-adik
yang tayang paha,pangkal dada seks bebas
kau mungkin meludah mengejek memaki
pesan-pesan aku ni

tapi aku sampaikan ini
kerana mati aku nanti
aku tak mahu menjawab
berjeda-jeda soalan dari atas sana

adakah aku sampaikan apa yg aku tahu
dan kebaikan perlu aku sebar,
kerana dosa aku sebesar gunung pun
sudah parah aku terpaksa usung ke dunia sana

kerana sekurang-kurangnya
aku sampaikan ini
mampu selamatkan diri aku sndiri di sana nanti

sebab aku pentingkan diri sendiri..

0 kata:

Post a Comment