sepi yang terisi.

semenjak aku berhijrah ke kota puaka ni,aliran transit jadi sahabat setia tiap saat diperlukan.
berdiri-berhimpit-berlari-bersandar menjadi rutin yang tak perlu aku nak merengek-mengeluh untuk setiap yang aku lalui. 

senyum. not bad.aku suka.i k h l a s.

kerana.untuk setiap minit selingan masa sebelum tiba ke destinasi,aku gunakannya untuk melayan perasaan.berfikir hal dunia yang tak sudah.dan yang pasti tingkap-lantai-pintu koc jadi kanvas untuk melukis-mencongak segala yang aku fikir untuk masa depan yang kabur fatamorgana.heh.tipikal.sama-la dengan kau-kan? :)

tapi,cuma satu buat aku resah menyampah bila diri di buai bosan menanti tiba ke destinasi, tiba-tiba
ada rasa datang merasuk ke relung hati.rasa yang buat sesak nafas, bacaan b.p tak tentu dan buat aku tak keruan walau luarannya aku cuba berlagak tenang.

bagai hantu datang merasuk.

bezanya.

Ia buat sepi aku terisi.dengan resah tak tentu bersama memori silam ku tinggal di garisan lalu.





0 kata:

Post a Comment