epilepsi jiwa 1.0

kerana skeptisisme kau pada sesuatu yang baik,indah,damai itu bakal buat kau jadi sampah bila kau
rebah ke bumi,lalu kau katakan aku dan mereka mereka seperti pemimpi najis?

mutual skeptisisme antara puak kau dan aku-tak sudah;kau mencaci puak aku yang ibarat peludah sejati
segala optimis bila kata semangat di hulur ke kau.


kawan,
sejarah kau sejarah kau
sejarah aku sejarah aku

jangan kerana kau veteran di tenyeh dengan najis atau lebih baik sikit;tahi ayam-bunga oleh jantina-jantina  yang bangang,bodoh,tolol soal hati dan perasaan,lalu kau mahu menghukum segala bagai pelangi yang mahu  muncul di sebalik awan hitam pekat dan matahari baru mahu mengintai?

kau katakan semua orang setan bertopeng;
lalu kau mahu angkat kau malaikat?*sinis

jangan kau ingat cuma kau pernah tersungkur,
di sondol babi sampai mengucup tanah bernajis
percayalah-ada lagi yang lebih teruk;
tapi mereka tetap hidup atas normaliti,
dan jiwa mereka tak dipasung dalam gebuk sepi memisahkan
alam realiti dan jiwa sakit

kawan,


aku cuma boleh bilang;
bila mana kau rasa semua neraka,
lalu angkat Tuhan Yang Esa lebih dari segalanya di HATI kau


sebab aku kau banyak lupa pada DIA,
kerana itu kita menggila dan mungkin
kerana itu kita di uji deritakecewa bertimpa..

roh kita sakit kerana kita jauh dariNya.







                .......optimis;satu dari ubatnya kawan.

0 kata:

Post a Comment