aku ini perempuan
yang terhukum untuk
duduk bersanding di kamar hati seorang lelaki
tanpa di-adili
yang terhukum aku
terus tertunggu menanti
hakikatnya aku diperangkap
dalam retorik dan idealisme
manusia yg patah hati,
menjadi jasad yg dihukum sama dalam
nightmare yang meruntuhkan
hati-hati ego sang lelaki
mungkin,paranoid
dimungkiri janji untuk setia bersemadi
di dalam hatinya
kerana lelaki aku faham jiwa kau
tak mampu hidup tanpa harum dakapan wanita
yang kau cinta
dan kerana itu
aku ini perlahan-lahan kau tolak,
dihukum sama dek kisah silam
walau kau tak mampu
menafikan lagi..
perlahan-lahan bayangan aku
sudah mulai melekat dakap
dalam relung hati kau yang sepi


0 kata:
Post a Comment