aku menulis bukan sempena hari bapa



sebab setiap hari aku tetap ber-bapa


abah,kalau dulu waktu aku menginjak jadi gadis remaja yang memberontak,yang sesat identiti, yang tak kenal siapa diri,yang ingin mahu cuba songsangkan arus diri mahu jadi jantan, hipokrit aku kata-kan..aku tak benci dia masa tu.

hela nafas dosa lalu

bodohnya aku ini.berlagak mahu jadi perempuan kasar,tapi aku benci lelaki waktu itu.satu hal yang pasti, penyumbang besar pada proses tumbesaran dan kecelaruan emosi serta hormon aku waktu itu,adalah-setiap hari aku disuapkan dengan berita haruan makan anak,cucu dihamba-seks-kan datuk,abang haram-jadahkan adik sendiri.Segala bagai kekejian makhluk-ciptaan-Tuhan-terindah itu dirodok masuk ke minda aku,dan tiba-tiba tanpa aku sedar barah manphobia secara halus merosakkan sistem kematangan aku,lalu aku membesar dengan pelbagai kerenah bodoh yang aku pasti akibatnya hari ini,sistem tubuh badan abah-mama terinfeksi dengan penyakit darah tinggi.

sedangkan-waktu sebelum otak aku masih suci dengan jiwa kanak-kanak,aku adalah anak paling manja dengan dia.dan aku yang paling dimanjakan.Tapi, all-of-sudden bila tahun berganti,dan otak aku makin ligat berfikir tentang apa-kenapa-mengapa-begitu-begini tentang dunia,aku berubah 360 darjah.Aku jauhkan diri dari dia,aku benci pakai baju kurung,aku benci lelaki,dan aku akan buat apa sahaja supaya tiada lelaki memandang aku.heh.terasa celaka waktu tu.aku jadi perengus,kaki gaduh dengan budak lelaki di sekolah,kaki buli adik lelaki aku,kaki carut,kaki maki,semua orang berdarah daging dengan aku dapat hadiah maki aku.

tapi,,entah.mungkin DIA sayang aku,dan aku di-hadiahkan abah yang kali ganda perengus dari aku,dan rengusan-nya tanda dia sayang benih-benih amanah yang dia perolehi bersama wanita yang dia cinta, jadi-nya aku tak sempat membesar dengan lebih keji,lebih hitam.Walau jiwa memberontak,aku tetap akur-garang dia buat aku menikus untuk melampaui batas.

Senyum.

Hari ni,bila sudah menginjak umur dewasa,aku tak puas kesal dengan apa yang jadi.Tapi,hey.jangan salah-kan aku apa yang pernah terjadi.Media yang rosak-kan aku,dan pelaku-pelaku seks keji yang buat nama lelaki sejati di-keji di-maki manusia kiri kanan.Adalah lebih baik punya seorang lelaki yang garang tapi sayang-kan keluarganya,daripada lelaki layu yang tak peduli tentang anak-bini.

Aku cuma harap,suatu hari,aku mampu kata-kan jujur luhur dari hati dan aku mampu keluarkan butir-butir kata dari bibir aku ini,aku benar-benar sayang lelaki itu.terlalu.terlalu..terlalu.sampai mati.sebelum telinga-nya tak mampu mendengar,sebelum jalan-nya tak daya,dan sebelum mata-nya terpejam.

ampun-kan anak nakal ini.abah.

dan saya mahu punya lelaki hati indah begitu ada dalam hidup saya.




Entri ini tanpa nama

kerana ia datang dari hati aku yang sedang berperang bersama rasa-rasa terpendam terperuk 
dalam dada sekian lama

kalau lah aku ini sang arjuna,mahu saja aku terus melamarnya menjadi milik aku agar aku tak kehilangannya lagi kali kedua

resah gelisah datangkan mimpi buruk ke aku lagi,seperti sebelumnya,sebelum dia pernah dimiliki perempuan itu,dan sang perempuan cantik pujaannya berlalu pergi untuk sang jejaka yang jauh lebih hebat darinya.

dan aku,masih tetap disisinya dengan tawa,jenaka,gurauan yang aku kira menutup tebalnya rasa ini padanya,kerana aku sedar,aku tak punya apa untuk ditawarkan mengatasi hebatnya si cantik itu, aku cuma ada..setia dan perasaan ini masih kemas tersimpan.

kalaulah aku ini lelaki..

adik-adik

buat adik-adik mahu angkat kaki
berjalan-jalan musafir di alam ini
kakak mahu katakan

hidup ni banyak songeh
jalan berliku
jalan berbatu
jalan berduri
setan manusia kiri kanan
akar pokok menceracak
buat kamu calar sini sana

adik-adik
kakak tak mahu membebel
cuma adik-adik pandanglah
dunia luar dengan perspektif yang luas

baca,baca,baca
hayati fahami dalami
setiap huruf itu janjinya tujuh puluh
kalam Allah itu mukjizat agong

baca,faham,reti bahasa
segala pengalaman musafir-musafir
yang terkandas di tengah jalan
lalu tersadung ke lembah gersang gelap dan sepi

soal mereka. kenapa.bagaimana
jawapan-nya nanti kamu guna
buat bekal sepanjang jalan
lalu kalau kamu tersadung cium bumi
kamu tak-kan tuding-tuding jari
"aku tak tahu sebab kau tak bilang ke aku"

adik-adik sayang
belajar.minat.faham-lah tentang sejarah
kami kami ini jadi manusia dayus
dayus pada agama.bangsa
kerana kami dulu menyampah dengan sejarah

lalu.kami sendiri cipta sejarah
bahlul kami kamu jangan turut
intelek kami kamu kutip lalu
manuskrip-kan dan guna untuk diri kamu dan anak-anak

adik-adik
yang tayang paha,pangkal dada seks bebas
kau mungkin meludah mengejek memaki
pesan-pesan aku ni

tapi aku sampaikan ini
kerana mati aku nanti
aku tak mahu menjawab
berjeda-jeda soalan dari atas sana

adakah aku sampaikan apa yg aku tahu
dan kebaikan perlu aku sebar,
kerana dosa aku sebesar gunung pun
sudah parah aku terpaksa usung ke dunia sana

kerana sekurang-kurangnya
aku sampaikan ini
mampu selamatkan diri aku sndiri di sana nanti

sebab aku pentingkan diri sendiri..

you may see me important to you when

there's nobody cares you when you are nothing..


hey hitam manis,kau tak pernah mahu nampak aku kan yg benarbenar wujud disisi kau selama ini